top of page

Pendakwah Terkenal Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal

  • Writer: Salam Rezeki
    Salam Rezeki
  • Feb 5, 2020
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Pendakwah terkenal dengan kegigihannya, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam di Hospital Selayang akibat sakit tua.

Allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun dan akibat kelantangan beliau menegur ketidak-adilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.

Menurut cucu sulungnya, Abdullah Omar, datuknya berusia lebih 70 berasal dari Bagan Datoh, Perak berdakwah sehingga akhir hayatnya kerana dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.

Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an,  anak (13), sulung dalam usia 43 dan bongsu sekitar 20an, cucu (60) dan dan cicit (30).

Jenazah disolatkan di Perkampungan Islam Darul Atiq yang didirikannya sendiri pada  jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Rasa.

Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini dan mendoakan rohnya sentiasa dicucuri rahmat-Nya. AlFatihah. [harakahdaily.net]

 
 
 

Comments


SIRRUSSYIFAK BAGAN DATOK

SOCIALS 

SUBSCRIBE 

MUALLIJ RIZAL GHAZALI♦️

HSET : 013-4468098 ATAU 019-5291524

 

🔥MASA RAWATAN :

ISNIN – JUMAAT  ( 5.00 PTG HINGGA 11.00 MLM) 8.00 - 5.00 (Ada Kerja Lain)5.00 ke Mlm baru Free

 

🔥SABTU – AHAD ( 9.00 PAGI HINGGA 11.00 MLM)

Sila buat appoinment ..untuk buat rawatan...0134468098/0195291524

 

🔥TEMPAT : 

PARIT BARU ,SUNGAI NIPAH DARAT

36200 SELEKOH PERAK

SILA SUBSCRIBE BORANG DIBAWAH JIKA ADA INFO TERBARU MENGENAI SIRRUSSYIFAK ..AKAN DIBERITAHU MELALUI EMAIL ANDA 

Thanks for submitting!

© 2023 by FEEDs & GRIDs. Proudly created with Wix.com

bottom of page