top of page
Writer's pictureSalam Rezeki

Pusat Tarbiah Islamiah Darul Atiq



Pusat Tarbiah Islamiah Darul Atiq

       Pusat Tarbiah Islamiah Darul Atiq telah ditubuhkan pada 20 june 1982 oleh Ustaz Ghazali Hasbullah. Beliau juga merupakan pengasas dan mudir  Darul Atiq. Tetapi selepas allahyarham meninggal pada 03/06/2011. Tempat beliau telah digantikan oleh Ustaz Ahmad Rizam Ghazali. Bahagian pentadbiran dan hal ehwal pelajar keseluruhannya dibantu oleh anak-anak ustaz Ghazali sendiri.

      Darul Atiq merupakan tanah wakaf  yang telah diwakafkan oleh Hj Tamim kepada Ustaz Ghazali Hasbullah pada tahun Tersebut. Darul Atiq mempunyai keluasan tanah seluas 6 ekar.  Asalnya Darul Atiq adalah kawasan hutan kemudian ia telah diusahakan oleh Ustaz Ghazali Hasbullah sendiri serta anak-anak beliau dan dibantu oleh pihak-pihak  yang tertentu, sehingga tertubuhnya Pusat Tarbiah Islamiah Darul Atiq.

    Pada awalnya Pihak Darul Atiq tidak mengambil sebarang bayaran dari segi pendaftaran atau pun bulanan dan tahunan pada pelajar-pelajar  yang memasuki Darul Atiq, keseluruhannya segala tanggungan Darul Atiq ditanggung sepenuhnya oleh Ustaz Ghazali Hasbullah. Tetapi pada tahun 2005 setelah berbincang pihak pentadbiran Darul Atiq telah memutuskan untuk mengenakan bayaran kepada setiap pelajar yang memasuki Darul Atiq bagi meringankan beban beliau. Tetapi sistem pembayaran ini tidak diwajibkan keatas semua pelajar. Kerana ada diantara pelajar Darul Atiq yang terdiri daripada kalangan yang kurang berkemampuan dan kebanyakannya terdiri daripada anak yatim dan fakir miskin.

Dasar  & Matlamat Pendidikan di Pusat Tarbiah Darul atiq.

    Tujuan dan matlamat pihak Darul Atiq adalah untuk membantu dan memulihkan  pelajar-pelajar  yang bermasalah dari segi gejala sosial dan kerosakan akhlak, oleh itu,Untuk memasuki Darul Atiq tiada sebarang syarat yang dikenakan. Apa yang diperlukan adalah tekad dan kesungguhan pelajar tersebut untuk berubah menjadi insan yang lebih baik serta dibantu dengan sokongan ibu bapa/penjaga pelajar tersebut.

      Pada awal pendidikan di Darul Atiq tidak menyediakan pembelajaran akademik. Tetapi fokus pembelajaran di Darul Atiq lebih kepada pelajaran –pelajaran yang menerapkan nilai-nilai murni dan kasih sayang melalui pendidikan islam. Sistem pendidikan yang disediakan mengikut kepelbagaian pendekatan dan pembelajaran Rasulullah demi menjana pendidikan yang berkesan.

Pada tahun 2012 di bawah pentadibiran  Ustaz Ahmad Rizam sistem pembelajaran Darul Atiq telah ditukar kepada sistem tahfiz dan mualim iaitu pembelajaran kitab. Untuk meningkatkan sistem pendidikan sekolah.

Jumlah pelajar Darul Atiq.   

Setakat ini jumlah pelajar-pelajar di Darul Atiq dalam lingkungan 120 orang.  Yang datang daripada pelbagai negeri.Dan tenaga pengajar pula dalam lingkungan 20 orang.  yang terdiri daripada anak-anak ustaz Ghazali Hasbullah dan turut dibantu oleh anak-anak murid beliau.

Sumber kewangan di Pusat Tarbiah Darul Atiq.

Mempertimbangkan kelayakan pelajar-pelajar di Pusat Tarbiah Darul Atiq pihak sekolah telah mendapat dana kewangan daripada sumbangan zakat dan sumbangan ikhlas daripada orang ramai. Pihak sekolah masih belum menerima sumbangan bulanan daripada mana-mana badan koperat. Pihak Pusat Tabiah Darul Atiq juga mengalu-ngalukan badan kerajaan, swasta mahu pun koperat dapat menyumbangkan dana secara bulanan bagi menampung pembelajaan pelajar-pelajar di Darul atiq.

Bantuan Yang diperlukan.

Pihak Darul Atiq memerlukan sumbangan dari segi wang ringgit untuk membaik pulihkan sekolah, asrama bagi keselesaan pelajar-pelajar Darul Atiq. Dan juga sumbangan material seperti makanan, pakaian, alat-alat kelengkapan sekolah dan keperluan-keperluan asas asrama dan kelas.

50 views0 comments

Comments


bottom of page